Hari ini penulis ingin berkongsi akan satu lagi tempat menarik untuk anda rehat, mencari ketenangan dan menjauhkan diri dari kebisingan kota.
Terletak di Parit Jawa dan di dalam kawasan perkampungan nelayan, Trata Leka, seperti namanya, melekakan anda dari permasalahan kota.
Untuk ke sana, boleh menggunakan PLUS atau LEKAS dan kemudian masuk ke PLUS dan keluar sama ada di Plaza Tol Tangkak atau Muar.Cuma jalan ke sana mungkin kurang mesra kerana setiap 1 - 2 km, ada lampu isyarat yang memperlahankan keseronokan untuk kesana.
Tapi, sebaik kaki menjejakkan kaki di sana, anda pasti terleka dengan kedamaian desa. Untuk kaki pancing, sini juga merupakan tempat terbaik untuk beristirehat sebelum menanti air laut pasang di waktu malam. Bagi kaki ambil gambar, anda semestinya tidak akan rasa rugi melihat matahari terbenam dan mendapatkan 'post' yang terbaik.
![]() |
| Dorm Uda dan Dara - Sesuai untuk keluarga besar |
Dari segi makanan, tidak menjadi masalah. Tuan Rumah Trata Leka akan menyediakan makanan mengikut budget dan citarasa anda. Perkara lain juga boleh dibawa bincang dengan pemilik homestay ini.
Apa pun, yang pastinya, anda tidak akan kecewa (melainkan aktiviti renang kerana kolamnya hanya sesuai untuk kanak-kanak :)).
![]() |
| Pemandangan dari Rumah Pokok |
![]() |
| Rumah Pokok |


