Sunday, January 2, 2011

Rekreasi di Taman Tasik Titiwangsa (Recreation at Taman Tasik Titiwangsa)

Satu lagi tempat rekreasi dan riadah yang anda mungkin ingin bawa anak anda ketika cuti sekolah atau pada hujung minggu ialah Taman Tasik Titiwangsa. Ada pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sana. Untuk keterangan lanjut, layarilah laman DBKL (http://www.dbkl.gov.my).


Untuk kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman keluarga ketika cuti sekolah baru baru ini (Disember 2010). Aktiviti yang kami sekeluarga lakukan ialah menunggang kuda dan juga menaiki kereta kuda. Caj yang dikenakan cukup murah. Untuk aktiviti menunggang kuda, caj yang dikenakan ialah RM1.00 dan RM1.50, untuk kanak-kanak dan dewasa, sepusingan. Manakala untuk perjalanan satu pusingan kereta kuda pula, caj yang dikenakan ialah RM0.50 dan RM1.00 bagi kanak-kanak dan dewasa. Pastinya, ia adalah satu aktiviti rekreasi dan juga riadah yang berbaloi.

Kemudian kami mengunjungi pusat aktiviti permainan kereta kawalan radio. Kelihatan beberapa orang yang sedang menguji jentera masing-masing seperti di litar F1 lagaknya. Mungkin satu hari nanti saya juga akan menguji jentera pilihan saya. Ada dua trek disediakan; trek jalanan dan trek berumput. Satu lagi aktiviti kekeluargaan yang meninggalkan impak yang baik.

Seterusnya anak-anak memuaskan hati mereka dengan bermain di tempat permainan kanak-kanak. Ada pelbagai bentuk serta ruang yang luas untuk kanak-kanak menguji stamina mereka. Pastinya ibu-bapa perlu memberi sepenuh perhatian kerana cuai seketika akan mengakibatkan pelbagai masalah tidak dijangka memandangkan kawasan yang luas serta cukup mudah untuk seorang kanak-kanak hilang dari pandangan ibu-bapanya.

Pastinya Taman Tasik Titiwangsa menjanjikan pelbagai aktiviti riadah ketika musim cuti sekolah mahupun hujung minggu yang bermanfaat dan berguna pada kita semua.

Tahniah DBKL.

Another place that you might wanna bring your kids during school holiday is Taman Tasik Titiwangsa. It is located at Jalan Kuantan, Kuala Lumpur. You can take a look on the direction here or you can browse DBKL website for more information.


For this, I would like to share with you three activities I've done with my family. First we enjoy horse riding at Horse Recreation Center. The charges was very cheap compare to other places. For horse riding, you will be charged RM1.00/kids and RM1.50/adult for 1 complete riding cycle. There is also horse-car and you can ride it at RM0.50/kids and RM1.00/adult. Cheap ha...

Second activity was playing remote-control car at the trek provided by DBKL. There are 2 types of trek. Although I went there to watch it, but my kids seem happy looking at the car being manipulated by few people especially with it crashed. :)


Last is more for the kids. The playground are big and lots of item to be use and played. Your kids should enjoy there.


So guys, do check it out and spent your weekend there. :)

2 comments:

Anonymous said...

horse riding ada during weekdays klu cuti sekolah??

masteramuk said...

sorry lambat reply... yup.. horse riding ada masa weekdays during cuti sekolah... but make sure be there before 10... kalau tak berbaris panjang.. satu lagi, be carefully when park your cars there... jgn salah parking utk elak kena saman..

Post a Comment