Sunday, February 26, 2012

Hotel Pilihan: Swiss-Garden Inn, Sungai Petani

Kepada sesiapa yang berkunjung ke sungai petani, baik atas urusan peribadi atau untuk aktiviti pelancongan, salah satu tempat yang syorkan untuk anda bermalam ialah di Swiss-Garden Inn.

Lokasi:

View Larger Map

Terletak sedikit tercorot, ia tidak sedikit pun mengurangkan status bintangnya (3 bintang tak silap). Namun begitu, ia memang berbaloi. Dari  perkhidmatannya, bilik yang ceria (semua bilik mengadap kolam) dan dilengkapi internet (percuma), hingga ke kolam yang luas dan selesa (untuk keluarga), pusat gymnasium (agak kecil), dan restorannya.



Bab restoran, makanannya saya berikan 3.5 dari 5 bintang. Memang ada kelas dan memuaskan hati. Cuma jika berada diluar waktu puncak, makanannya agak kurang pilihan. Makan malamnya juga memang memuaskan hati. Dan penghuni tidak perlu risau akan soal makanan kerana ia berhampiran dengan restoran makanan barat yang berbaloi, sebuah restoran ala kampung yang menyajikan makanan panas dan sedap, dan sebuah restoran yang menyajikan makanan ala-cina milik HPA (memang sah kehalalannya).

Hotel ini menjadi pilihan saya sekeluarga setiap kali pulang ke kampung dan kini sudah 7 tahun menjadi pelanggan hotel ini.



More pictures at